Salam...
Hoooreyyyy..Sudah sampai di bumi Bandung..
Pemandangan dari atas flight ketika sedang hampir dengan airport bandung.
Ketika ini cuaca mendung di Bandung suhu lebih kurang 26C
Penemptan yang padat di Bandung.
Penerbangan Kul-Bdo mengambil masa 2 jam je. Klo flight pagi ni x terasa lama sangat..sampai je Bandung tgok jam sendiri da kul 10 pagi tp bila tengok jam derang baru kul 8.00 pagi. Kiranya masa di Bandung lewat 2 jam dari Kuala Lumpur..Jadi kita untung 2 jam la semasa di Bandung..Tapi jam 8 pagi kat Bandung tu da mmg macam 10 pagi di Malaysia. Rupa-rupanya kat sana mataharinya terbit awal dan tenggelam sama cam malaysia..Kira untung la di Bandung waktu siangnya agak lama sedikit berbanding waktu malam. Suhu di Bandung ketika ni mendung..sejuk yang nyaman rasanya..Turun-turun dari perut kapalterbang teruja sangat sampai x sempat nak amik gambar depan airport Bandung. Lagipun mmg nak cepat-cepat masuk tuk check immegresen. Takot klo lambat beratur panjang plak nak tggu cop pasport. Pak Immegresen nampak cam x mesra alam namun tak jugak menyusahkan pelancong cam kita ni. Kiranya proses kt immegresen tu berjalan dengan baik. Pastu ader check bag oleh mungkin pagawai kastam diorg kot, x sure la tp derang check gitu2 je.Lagipun saya bleh dikatakan bawak pakaian sikit jer coz datang Bandung mmg tujuan nak shopping gile2 kan jd mmg la x bawa barang banyak. Ade sorang pakcik tu abis suma barang dia dikeluarkan x tau la apa yang di bawak..huhuhu..
Selesai sume urusan dalam airport kami pun keluar tengok2 kot supir kami da datang jemput kitaorg..Tengok sana tengok sini x de.X kan derang lupe kot.. Saya menggunakan perkhidmatan supir dari company Hayuka Bandoeng. Tiba-tiba ternampak somebody pakai jaket Hayuka, saya cepat2 bertanya tentang booking saya. Nasib dia teringat nama saya, rupanya supir yang bakal membawa kami sepanjang 4 hari ni member dia dan belum sampai lagi.Mungkin tengah mengharung jem..So, member dia ni mintak kami minum dulu sementara tggu supir kami tiba.
Sedang menunggu supir datang jemput sambil minum pagi.
First impression aku terhadap orang Bandung ni sume bagus-bagus. Sentiasa ringan tulang untuk membantu. Layanan mereka pada pelancong memang tip top. Mereka sangat humble dan sangat menghormati tetamu. Sepanjang di Bandung belum lagi ku ketemu orang-orang yang buruk perangai, sume baik-baik jer..Ke saya je yang belum bertemu ngan orang jahat di sana klu ada..emmm..Alhamdullillah coz semuanya baik2 jer sepanjang di sana.
Lepas setengah jam menunggu maka supir yang ditunggu2 pun sampai..Berkali2 beliau memohon maaf di atas kelewatannya sebab terlewat bangun.huhuhu.Adakahh...X cukup dengan tu bos dia pulak call mohon maaf berkali2 bagi pihak supir kami tadi siap marah2 supir kami tu lagi..Kami sebenarnya tak kisah pun coz x la jugak tergesa-gesa nak pimana pun coz jam baru 8.30 pagi wktu Bandung,nk shopping kedai pun x bukak lagi, nk check in pun x leh lagi..Tapi kitaorang terus gak g guesthouse yang dah saya booking melalui email untuk letak barang-barang dan mandikan Adreanna dulu.Oh ya..nama supir kami tu Acee..
Antara pemandangan sempat dirakam ketika perjalanan nak ke guesthouse.
Tempat menginap kami 3 hari 2 malam di Rumah Ebo Jalan Haji Bonjol.Tempat ni ok la..Cuma yang tak tahan bau toilet dia jer..Berbau kuat sangat sampai x lalu nak masuk bilik air..Klo nak ikut toilet bersih jer, air pun besar n kuat cuma x tau la nape bilik air dia berbau sangat..klo cik somi x kisah..saya ni susah skit bab bab nih..hehehe..Tv pun x berapa nak clear, tapi tu x kisah coz most our time lebih banyak di luar..Balik untuk solat dan tido jer..Disebabkan mak ikut sekali maka kami decide amik bilik double 1 dan bilik single 1..Bilik Double ok la..Cam rupa bilik hotel2 yang lain cuma problem bau toilet tu jer. Manakal bilik single dia betul2 cam bilik backpacker x de Tv, ruang yang cukup untuk sorang, x dak cermin apatah lagi meja solek hanya da katil single jer semata-mata n x dak toilet means toilet kongsi eik..Cik somi duk kat bilik tu n dia tak kisah, suka lagi ader coz konon2 feeling backpacker la. Saya dan mak duk bilik double tp sempit gak katil klo nak tdo bertiga termasuk adreanna so kami decide amik satu tilam extra kene la charge rp50,000 semalam for extra bed . Total price penginapan 1 double room n 1 single room x termasuk extra bed untuk 3 hari 2 malam bayaran dalam rp 370,000.

Lobby Rumah EBO
Taman depan bilik kami tempat brekfast
Lagi depan bilik kami
Panorama dalam guesthouse ni mmg best. X sangka kreatif betul orang Bandung ni. Sebenarnya rumah Ebo nih adalah dalam kawasan rumah taman. Cam rumah taman orang kaya2. Tapi telah diubahsuai dengan menambah-nambah bilik dan taman di tengh2. FYI kat rumah Ebo ni pun di sediakan dapur untuk memasak..so sesapa yang rajin masak ketika dibandung nih bleh la memilih Rumah Ebo ni sebagai tempat penginapan cuma kene tahan ngan bau toilet die je la..huhuhuk..
Kisah selanjutnya to be continue dalam Part 4..
XOXO..
TQ fOR Reading..